Hari ini lajnah hal ehwal konsumer, kepenggunaan Pekerja dan Modal Insan bersama YB Ustaz Ariffin mengunjungi perusahaan Bepang Pulut yang telah beroperasi hampir 56 tahun, semenjak tahun 70 an lagi.
Lokasinya di Kampung Surau Panjang Bukit Payong.
Sempena hari pekerja kami menziarahi perniagaan ini dengan menyantuni pengusaha, pekerja di situ, sekaligus mengiringi YB exco Ustaz Ariffin Deraman dan Yayasan Pembangunan Usahawan bagi menyampaikan sebuah mesin untuk ZQ Bepang Pulut ini.
Ada pekerja yang dah bekerja membuat Bepang Pulut selama 13 tahun dah, daripada diberi gaji rm8 sehari terus semakin meningkat sehinggalah hari ini dibayar rm60 sehari.
Kadang bukan sebab gaji pun, tapi sebab, suka dan selesa menyebabkan seseorang itu setia bekerja di sesebuah perusahaan itu.
Ketika kami datang, para pekerja ni baru je rehat, oleh kerana rombongan berminat untuk melihat proses pembuatan, terus mereka sambung pembuatan bepang Pulut ni dengan tangkas, cermat dan bersih.
Selamat hari pekerja 2026, kami ucapkan. Semoga segala pekerjaan kita diberkati oleh Allah. InshaAllah.


