Pas Marang

Bertemu mata dengan srikandi Mujahidah DUN Alur Limbat

Alhamdulillah dapat bertemu mata dengan srikandi Mujahidah DUN Alur Limbat iaitu jelajah DUN yang terakhir untuk program ini.

Mereka wanita muda yang ada beberapa komitmen di bahu masing-masing tetapi tetap menerima amanah sebagai penggerak perjuangan Islam dalam DUN Alur Limbat.

Kekangan dan masalah tentunya tak dapat lari dalam sesebuah organisasi tetapi peluang dan kelebihan perlu kita maksimakan sebaiknya, tanpa meminggirkan kebajikan sesama kita.

Semoga para wanita muda terus istiqomah dalam perjuangan hingga akhirnya.

Doakan kami juga semoga dapat memberi bimbingan semampu kami dan kita sama-sama istiqomah berganding bahu, bersatu hati menuju matlamat utama dalam perjuangan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, apa yang kalian laburkan dalam perjuangan ini, amatlah kami hargai.

#muslimatmarang

Scroll to Top