Anak muda PAS tidak ada ruang untuk leka.
Itulah penegasan yang dibawa dalam himpunan anak muda penggerak PAS di Marang semalam.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hamdi Harun menyeru supaya seluruh jentera pemuda terus memperhebat program tarbiyah, memperluas pendekatan kepada anak muda dan masyarakat, serta melaksanakan semua program yang telah disusun dengan bersungguh-sungguh agar rakyat jelas tentang apa yang sedang berlaku dalam negara hari ini.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusuf pula mengingatkan bahawa perjuangan ini menuntut kerja yang berterusan.
Musuh sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan PAS. Sebab itu, pemuda mesti kekal fokus, terus bergerak dan jangan sesekali hanyut dalam kelalaian.
Masa untuk bekerja ialah sekarang.
Mantapkan saf, kuatkan gerak kerja dan pastikan pemuda terus berada di hadapan bersama rakyat.

