Pesan Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang tadi cukup jelas.
Negara sedang tidak menentu. Rakyat ditekan kos hidup, harga barang naik, subsidi dipotong, tetapi pelan besar membantu rakyat masih kabur.
Dalam kecamuk ini, kerajaan pula membuka ruang pengiktirafan UEC melalui “laluan khas”, ketika isu ekonomi, pekerjaan dan masa depan anak muda belum selesai.
Anak muda tidak boleh lagi menjadi pemerhati. Hampir 43 peratus pengundi berusia 40 tahun ke bawah, dan mereka adalah kuasa penentu negara.
Kehadiran penuh anak muda dalam dewan tadi menjadi isyarat jelas bahawa mereka mahukan perubahan lebih tersusun, berprinsip dan dekat dengan rakyat.
Perubahan itu kini mereka lihat bersama PAS dan Perikatan Nasional.
